hari ini genap 7 tahun dh datuk tinggalkan kami..
tipu lah kita kalau kita kata kita dh x rasa apa2 skrg..
memang kalau boleh,kita x nak ingat kat datuk..
bila kita ingat kat datuk,kita rasa terseksa sangat..
kita mula rasa kita ni rapuh sangat..
td,kita bgtau couzen kita yg hari ini genap 7 tahun dh datuk meninggalkn kami,
kita x dpt ckp secara direct kat couzen kita..
kita msh lg x punya kekuataan untuk sebut ayat 'datuk' kat ahli dlm family kita..
kita tahu bhawa semua ahli keluarga kita x nak sebut pasal datuk..
kerana datuk amat bermakna dan penyeri hidup kami..
dan,bagi kita
datuk adalah tujuan kita masih dapat berdiri dgn apa yg kita ada hingga hari ini..
datuk adalah sumber inspirasi kita..
pemergian datuk adalah satu tamparan yg kuat bagi family..
bagi mama,kerana mama sangat sayang datuk..
bagi kakak nurin,kerana masih x sempat bersua muka dgn datuk hingga nafas terakhr..
bagi nich,kerana datuk sering mengajar nich mereka cipta sesuatu barang..bahkan datuk sering bawa kita dan nich keluar memburu..apabila aunty marah nich,nich pasti lari pada datuk..nich melekat kat datuk seperti glu..
bagi kakak,datuk dh berperanan seperti ayah kpda kakak..
kerana ayah kita jarang balik rmh,kakak lbh rapat dgn datuk..
kakak merupakn org yg paling rapat dgn datuk..
dari kecil,kakak mmg sentiasa mengikuti datuk..
malah,datuk lbh prihatin dgn kakak..
banyak kenangan yg kakak ada dgn datuk,bhkan lbh banyak daripada kami yg lain..
bagi kita,
datuk seperti tok guru..
waktu kita dengan datuk sangat singkat..
kita takut sungai,tapi kerana datuk kita tetap berani walaupun dlm takut..
kita takut gelap,dan kerana datuk,kita menjadi berani dlm gelap..
kita sangat takut berdepan dgn resiko,
kerana datuk kita tidak lg takut dgn resiko..
sebab datuk pernah kata,
resiko itu mengajar kita menjadi lebih berdikari dan matang..
dulu kita seorang yg x pandai berdikari,
tapi,
kerana datuk,
kita sudah boleh berdiri atas kaki sendiri..
kita sangat mudah putus asa,
tapi kerana datuk kita dapat jd tabah dan kuat,
dan kerana datuk...
kita lebih mengetahui makna hidup,
dan kerana datuk jg kita lbh mengenali seukir senyuman..
semuanya kerana datuk..
bila kita ingat balik,
dulu,bila datuk baru saja sampai dr memburu,
kita pasti lari2 ke arah datuk dan tanya:
"hari ini datuk dapat apa?"
dan kita masih ingat,datuk tetap senyum dgn karenah kita walaupun datuk msh lg dlm keletihan..
kita masih ingat lagi,bila mama x suruh datuk keluar pergi memburu terlalu kerap kerana mama dpt belanja keluarga kita,
tapi jawapan datuk membuat kita x dpt berkata-kata lagi,
datuk kata:
"sy memburu bukan untuk cari mkn kerana kita susah nak cari makanan,tapi sy memburu utk buat cucu sy dapat merasa pelbagai rasa makanan yg berbeza dari orang lain.kamu ingat,dgn duit dpt beli pelbagai jenis haiwan yg pelik2 ada kat dlm hutan 2?sy nak bagi cucu sy rasa agar mereka tahu dgn merasa sendiri"
rupanya datuk buat semuanya utk cucu2 dia..datuk sanggup letih2 demi buat cucu dia ktawa gembira..kita masih ingat lagi mimik muka datuk kalau dia bercerita ttg pengalaman dia memburu..dia pasti senyum kalau kami semua tertarik dgn cerita dia..
pemergian datuk banyak merubah peribadi dlm dan luar kita..
tapi yg pasti,pemergian datuk telah merubah kita hingga menjadi manusia seperti hari ini..
dengan semangat datuk yg mengalir dlm darah kita,dan yg lebih utama dan terutama ialah Tuhan tetap beserta kita,kita tetap dapat menjalani kehidupan kita dgn tabah hingga ke masa hadapan..
Wednesday, March 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment