Monday, March 28, 2011

~kewujudan..

lama dh kita x update blog..kalau kita balik kpg,kita x dpt on9 lg,boringnya kat kpg..bln 4 nanti bru kita balik sini lg..tp,x pa la,kita best jg kat kpg,dpt menghayati udara segar..

Thursday, March 10, 2011

meledak sudah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
huh!!!kita dh x tau nak ckp apa lg..kita dh betul3 bengang tahap raksasa dh ni!!!
apa punya cerita,menyakitkan hati saja..dhla bazir masa kita saja duduk tetenggek dpn tv 2 menghayati cerita nya..bukan main baik lg dr awal sampai sparuh akhr..ada ke patut buat ending x serupa bikin..ahhhhhhh!!!!!!!!x puas hati betul dgn ending 2....
cerita 2 betul2 menjejaskan perasaan kita 100%!!!!habis hp kita jd mangsa td..
pas ni,kita x kn lg lihat cerita org pth,baik kita layan cerita korea saja..x guna punya cerita,buat kita sakit hati tahap raksasa saja...ahhhhhhhhhhhh!!!!!!
rupanya,perasaan x puas hati sangat menakutkan..kita rasa nak betinju ja skrg..huh!!!
kita dh betul3 dh nak gila tahap sawan sudah skrg!!!!!!!napa la kita tetap msh ingat kat cerita 2,cuba la dpt lupa dgn sekelip mata saja....memang hero kat cerita 2 x guna!!!!!!!!!!!!ada ke patut dia kata nak batalkn majlis perkahwinan,tapi tiba2 dh sampai kat mjlis perkahwinan 2 dia boleh teruskn saja perkahwinan dan lupakn pmpuan 2!!!!!cerita 2 memang dh x betul..
kita tahu la,kalau secara reality nya,cerita 2 memang yg terbaik dan sepatutnya manusia lakukan..tapi 2 cuma cerita,buat la mcm cerita...
tapi yg pasti sangat2,kita memang x puas hati..dh 2 kali kita terkena dgn cerita yg sama begini..

Wednesday, March 9, 2011

tetap sayang datuk..

hari ini genap 7 tahun dh datuk tinggalkan kami..
tipu lah kita kalau kita kata kita dh x rasa apa2 skrg..
memang kalau boleh,kita x nak ingat kat datuk..
bila kita ingat kat datuk,kita rasa terseksa sangat..
kita mula rasa kita ni rapuh sangat..

td,kita bgtau couzen kita yg hari ini genap 7 tahun dh datuk meninggalkn kami,
kita x dpt ckp secara direct kat couzen kita..
kita msh lg x punya kekuataan untuk sebut ayat 'datuk' kat ahli dlm family kita..
kita tahu bhawa semua ahli keluarga kita x nak sebut pasal datuk..
kerana datuk amat bermakna dan penyeri hidup kami..

dan,bagi kita
datuk adalah tujuan kita masih dapat berdiri dgn apa yg kita ada hingga hari ini..
datuk adalah sumber inspirasi kita..

pemergian datuk adalah satu tamparan yg kuat bagi family..
bagi mama,kerana mama sangat sayang datuk..
bagi kakak nurin,kerana masih x sempat bersua muka dgn datuk hingga nafas terakhr..
bagi nich,kerana datuk sering mengajar nich mereka cipta sesuatu barang..bahkan datuk sering bawa kita dan nich keluar memburu..apabila aunty marah nich,nich pasti lari pada datuk..nich melekat kat datuk seperti glu..
bagi kakak,datuk dh berperanan seperti ayah kpda kakak..
kerana ayah kita jarang balik rmh,kakak lbh rapat dgn datuk..
kakak merupakn org yg paling rapat dgn datuk..
dari kecil,kakak mmg sentiasa mengikuti datuk..
malah,datuk lbh prihatin dgn kakak..
banyak kenangan yg kakak ada dgn datuk,bhkan lbh banyak daripada kami yg lain..
bagi kita,
datuk seperti tok guru..
waktu kita dengan datuk sangat singkat..
kita takut sungai,tapi kerana datuk kita tetap berani walaupun dlm takut..
kita takut gelap,dan kerana datuk,kita menjadi berani dlm gelap..
kita sangat takut berdepan dgn resiko,
kerana datuk kita tidak lg takut dgn resiko..
sebab datuk pernah kata,
resiko itu mengajar kita menjadi lebih berdikari dan matang..
dulu kita seorang yg x pandai berdikari,
tapi,
kerana datuk,
kita sudah boleh berdiri atas kaki sendiri..
kita sangat mudah putus asa,
tapi kerana datuk kita dapat jd tabah dan kuat,
dan kerana datuk...
kita lebih mengetahui makna hidup,
dan kerana datuk jg kita lbh mengenali seukir senyuman..
semuanya kerana datuk..

bila kita ingat balik,
dulu,bila datuk baru saja sampai dr memburu,
kita pasti lari2 ke arah datuk dan tanya:
"hari ini datuk dapat apa?"
dan kita masih ingat,datuk tetap senyum dgn karenah kita walaupun datuk msh lg dlm keletihan..

kita masih ingat lagi,bila mama x suruh datuk keluar pergi memburu terlalu kerap kerana mama dpt belanja keluarga kita,
tapi jawapan datuk membuat kita x dpt berkata-kata lagi,
datuk kata:
"sy memburu bukan untuk cari mkn kerana kita susah nak cari makanan,tapi sy memburu utk buat cucu sy dapat merasa pelbagai rasa makanan yg berbeza dari orang lain.kamu ingat,dgn duit dpt beli pelbagai jenis haiwan yg pelik2 ada kat dlm hutan 2?sy nak bagi cucu sy rasa agar mereka tahu dgn merasa sendiri"

rupanya datuk buat semuanya utk cucu2 dia..datuk sanggup letih2 demi buat cucu dia ktawa gembira..kita masih ingat lagi mimik muka datuk kalau dia bercerita ttg pengalaman dia memburu..dia pasti senyum kalau kami semua tertarik dgn cerita dia..

pemergian datuk banyak merubah peribadi dlm dan luar kita..
tapi yg pasti,pemergian datuk telah merubah kita hingga menjadi manusia seperti hari ini..

dengan semangat datuk yg mengalir dlm darah kita,dan yg lebih utama dan terutama ialah Tuhan tetap beserta kita,kita tetap dapat menjalani kehidupan kita dgn tabah hingga ke masa hadapan..

Tuesday, March 8, 2011

tarik nafas..

nak tarik nafas pun sukar..
skrg ni,kita tertekan sangat,sampai kita rasa kita x dpt kawal diri..
akhr2 ni,kita sedar kita semakin cepat nak naik marah..kita memang x suka dengan perubahan kita ini..
hari ini kita dh ok sikit lps dgr lagu hillsong..nsb baik kita msh simpan lagu2 2..kalau x,kita rasa kita mgkn dh jd gila mcm katun dh skrg ni..

sorry kawan..

sory kawan,
bukan kita sengaja x nak jwb soalan kawan..
buat masa ini,kita x dpt lg fikirkan ayat SPM ni..bagi kita,SPM ni dh berlalu dan pasti akan kuar kptsnnya..sabarlah tunggu result 2..jangan buat kita fd up dgn dengar soalan yg sama saja dr awk..kalau awk x dpt sabar nak tunggu result ni kuar,cm mana awk nak hidup kemudian hari????hidup ni penuh dgn cabaran yg memerlukan kesabaran...
jadi,bersabarlah..kn org kata,sabar 2 separuh daripada iman..firman pun ada, yg menyatakan "Allah itu kasih" dan "kasih itu sabar"...jd,perlu sangat sabar itu,kerana itu seperti 1 amanah Allah yg perlu kita lakukan sebagai manusia..x kn amanah tuhan pun nak diabaikan..kalau diabaikan,kelak warna hidup kita x kn seterang cahaya..cahaya sangat membantu dlm erti makna hidup..kerana org disuruh mencari terang..kerana dlm terang ada bahagia..

sayang kakak..lop mama..

mama dh kluar dr bilik bedah pkul 4 td..mama ok sahaja,hanya mama kesejukkn sb dlm bilik bedah td sejuk sangat..
kita tetap bangga dgn kakak kita,walaupun hari ini ulangthn pkhwinannya yg ke-3 thn,kakak ttp jaga mama dgn baik..kakak ttp utamakn mama kita 2..sayang kakak.. ^ ^

mama..

hari ni,mama jumpa doktor..doktor kata,mama perlu buat operate secepat yg mungkin..pukul 2 ptg nanti mama masuk bilik bedah..doktor kata,mama perlu stay kat hospital si2 selama 2 hari,maknanya hari khamis nanti baru dapat balik..doktor kata,doktor nak buang rahim mama dulu..kita doa,agar mama baik2 sahaja..amen.

semuanya berubah..(continue)

tapi semua corak kehidupan kita itu berubah selepas kematian datuk kita pada thn 2004..datuk kita meninggal 9/3/04...
dulu,
kita sangat rapat ngan datuk kita sebelum dia meninggal..
sebelum dia sakit dulu,datuk pernah bg kita 1 pesanan yg cm ni:

"datuk nak lihat awk berjaya..belajar pandai2,dpt banyak2 A dlm ujian,jangan ingat nak blaki dulu,kamu org bjaya,atuk gembira"

ayat datuk ni mmg kita ingat sampai skrg..ayat ni la sumber inspirasi kita..walaupun banyak yg x suka lihat kejayaan kita,kita x kisah..ini kerana semua yg kita lakukan selepas kematian datuk ialah utk penuhi impian datuk yg x pernah lg datuk nikmati sewaktu di dunia ini..
sejak itu,kita berubah 100%..
kita x lg suka main sukan lasak,bahkan dgr ayat bersukan pun kita x suka sangat..tapi,jauh dlm sanubari kita,kita tetap terkenang zaman sukan kita dulu kalau lihat ada benda yg berkaitan dgn sukan..
kita jg x berani lg dgn haiwan..itu kita x pasti kenapa jadi cm ni..mgkn dh dibawa waktu,kita dh x berani lg dgn haiwan..
kita jg sudah x berapa minat lg dgn haiwan mcm dulu..anak babi melintas dpn mata pun kita lihat sambil senyum ja..x da lg rasa nak kejar atau lihat apa yg akan c comel iti lakukan selepas itu..
tp,1 yg kita paling pasti akan perubahan kita selepas datuk meninggal ialah kita x degil lg,tapi kita dh tukar jd pak turut..
mama suruh blajar,kita blajar.walaupun kita x minat..mama suruh mkn kita mkn,mama suruh tidur kita tidur..hingga la skrg,kita ttp ikut kata mama..
kita blajar bkn utk kita sendiri,tapi kita blajar sbgai hadiah kita buat arwah datuk dan utk family..kita jarang rasa teruja dgn kptsn..sebab itu,kat sekolah kita x suka lihat markah org lain dan org lihat markah exm kita..kita rasa,sapa tinggi sapa rendah x ada maknanya bg kita..yg paling bermakna ialah markah kita sendiri memuaskn atau x,itu saja..

memang hakikat kematian datuk membawa tamparan yg x terhingga kesannya kat kita..kita ibarat ice yg bertukar menjadi air tiba2..tapi,kita skrg happy dgn perubahan kita kerana kita lbh menjadi manusia yg berguna jika dibandingkn dgn kita yg dulu...

konkulisinya,kawan2 kita yg sama membesar dr kecil dgn kita kata kita dh x sesenang dulu lg jika diajak lepak sama2..itu yg mereka kata.kita hanya senyum sahaja kerana kita tahu kenapa dan mengapa serta utk apa kita jd seperti itu..^ ^

Monday, March 7, 2011

apabila kita fikir kembali..

apabila kita fikir kembali,hidup kia banyak berubah sebelum dan selepas kematian datuk kita..

dulu,
sebelum datuk kita meninggal,perwatakan kita sangat berbeza..
dulu kita sangat lasak,bila saja ada sukan pasti kita join sekaki..x kira sukan 2 sukan lasak,sepak takraw pun dh kita main..bola sepak jgn sebut,hmpir hari2 kita main dulu..
dulu,kita x takut pada semua haiwan,kecuali KATAK..^ ^
malah haiwan peliharaan kita yg first skali ialah munsang..hehe..org pelihara anjing atau kucing,tapi kita pelihara munsang..
dulu kita kejam..hahaha
anak ayam kita kejar utk buat mainan,tp last2 kita pula dibuat ibu ayam sebagai mainan dia..huh,garang ibu ayam yg sudah ada anak,mcm mak tiri cenderella..hbs kita kena kejar sb nak ganggu anak ayam punya pasal..
anak babi kita kejar jg,best sebab c comel 2 x dpt lari laju2..best lalu lihat c comel 2 ktakutan masa 2..hehe
ada sekor haiwan yg mcm penyu saja rupa dia,tapi kita x tau nama..time kita tangkap,kita tebuk 1 lubang kat cengkerang dia,kita guna lubang 2 utk ikat tali..kita lepaskn itu haiwan pergi air,pas dia g jauh2 kita tarik balik..bkn main lg haiwan 2 tkt kena kita..
tapi itu dulu,kita sangat kejam dan nakal..
dulu,mama suruh belajar kita pergi tidur..mama suruh kita tidur,kita pergi main entah apa2..mama suruh kita relex saja kat rmh kita pergi ikut arwah datuk kita memburu..
sepanjang waktu itu,kita kenal banyak tentang kehidupan dan penglaman yg lain dr yg lain..kita masuk hutan cari burung,cari kancil atau cari ikan..
suasana dlm hutan memang berbeza dgn hutan kat zoo 2..lebih tenang,lbh menyeramkan dan yg lbh penting,ianya lebih misteri...
semua 2 kita lakukan sebelum datuk kita meninggal..kita degil,kejam dan x dgr kata..belajar pun x pandai lg wak2 2..mmg kita x minat nak blajar waktu 2..

tapi semuanya berubah....

hakikat..

apa yg kita tahu,sesuatu yg dikata hakikat hanya dikethui bila sudah terjadi..banyak org x sedar akan adanya sesuatu hakikat..selalunya hakikat berlaku berlawanan dengan xtvt yg sering org lakukan,kerana itu hakikat jarang diketahui kewujudannya secara langsung..
hakikat dlm hdp kita sngt berlawanan dgn perwatakan kita..

kata orang,
kita banyak cakap..
tapi hakikatnya kita x pandai cakap..
kata orang,
kita suka senyum..
tapi hakikat kita x rasa nak senyum hanya mulut yg mengerakkn senyuman..
kata orang,
kita sorang yg cekal..
tapi hakikat kita org yg rapuh..
kata orang,
kita seperti pakar kaunseling kerana dpt myelesaikn masalah..
tapi hakikat,kita binggung memikirkn cara myelesaikn masalah,seperti manusia lain..
kata orang,
orang berasa selesa dgn kita,
tapi kita berasa tkt jika ada org berasa selesa dgn kita..
semuanya kerana kita...

manusia yg punya kelemahan..hakikat tetap hakikat..
itulah perkara yg paling memeritkn..
kerana hakikat adalah sebuah memori hidup..
di mana kita x dpt ubah kembali hakikat tersebut,
seperti kita x dpt memutarkn kembali masa yg telah berlalu..

daripada sesuatu yg dipanggil hakikat,
kita sedar 1 perkara,
jgn menilai manusia hanya dari luaran sahaja..
kerana hakikat sering menyembunyikan kebenaran yg dimiliki oleh manusia..

hakikat hidup terpaksa kita terima sebagai ujian hidup sebagai manusia..

dan,apabila kita fikir kembali,7 tahun kita telah tinggalkan hidup kita yg penuh makna..
kali terakir kita merasai perasaan utk hidup demi kita sendiri ialah pada tahun 2004..kita ingat tahun ni sebab thn ni datuk kita meninggal..

sakit..

kali ni bkn kita yg sakit..tapi mama kita..
esok nak bawa mama g rejang medical centre..bila kita fikir balik,hospital 2 dh mcm rmh rehat family kita pula..akhir thn lepas,papa kita pula buat operate kat si2..semua 2 buat kita risau,sampai x dpt fikir nak spm time 2..tapi x kn la kita nak tunjukkn kita ni risau,kita buat senyum saja,biar nampak ok semua nya time 2..kali ni,mama kita pula..kita doa agar mama ok shaja x ada sakit yg bhaya..

Sunday, March 6, 2011

Ajaran..

MENGASIHI MUSUH
"kasihilah musuh kamu dan berdoalah bagi orang yg menganiaya kamu"

AJARAN TENTANG SEDEKAH
"janganlah kamu lakukan kewajipan agama di hadapan umum supaya dilihat orang...
apabila kamu memberi sedekah kepada org miskin,jgnlah heboh2kn perbuatan itu...
tetapi apabila kamu memberi sedekah kepada org miskin, lakukanlah hal itu secara diam2,supaya sahabat karib kamu sekalipun tidak mengetahui"

AJARAN TENTANG PUASA
"apabila kamu sedang berpuasa ,jgnlah bermuka muram seperti org munafik.mereka kelihatan menderita ,sehingga semua org tahu bahawa mereka berpuasa.ketahuilah,mereka sudah menerima ganjaran.apabila kamu berpuasa,basuhlah muka dan sikatlah rambut,supaya org tidak tahu bahawa kamu berpuasa"

Allah berfirman:
mereka akan mendengar dan mendengar,
tetapi tidak faham,
mereka akan melihat dan melihat,
tetapi tidak nampak,
kerana seolah-olah fikiran mereka
tumpul;
telinga pekak dan mata buta.
jika mereka tidak demekian,
tentu mata mereka akan melihat,
telinga akan mendengar,dan
fikiran boleh mengerti,
sehingga mereka kembali
kepada-Ku,
dan Aku pun akan
menyembukan mereka."

*yang kita ketahui.. :)

Friday, March 4, 2011

kita suka nama kita..^ ^


kita baru ja lihat makna nama kita sendiri..menarik jg utk kita ketahui..mgkn disebabkn kita guna nama 2,kita jg telah terpengaruh dgn ciri2 bunga Daisy..

* Authors Linda Rosenkrantz and Pamela Redmond Satran wrote in their 2007 book Baby Name Bible that Daisy has a "fresh, wholesome, and energetic" image...

* The flower symbolism associated with the daisy is purity, innocence, loyal love, beauty, patience and simplicity. Daisies are often depicted in meadows in Medieval paintings, also known as a "flowery mead." Daisies are believed to be more than 4,000 years old and hairpins decorated with daisies were found during the excavation of the Minoan Palace on the Island of Crete. Even further back, Egyptian ceramics were decorated with daisies. Daisies were used in Mary Gardens. The daisy is also symbolically connected to St. John.

*The name daisy come from "day's eye" because the flower is only open during the day and closes up at night. Another name is "thunderflower" since it blooms in the summer when thundershowers are common. In addition, the daisy is believed to keep away lightening. For this reason, it was also kept indoors. A common name in England for the flower is bruisewort since the crushed leaves could be used for soothing bruised or chapped skin.

*Daisy yg bawa makna 'day eye' b'erti dia penyeri hidup org d sekeliling dia..dia bchaya utk menggembirakan org skeliling..part ini kita suka sb ada persamaan ngan kita..^ ^
Lop my name..^ ^

KPM

kita dh seperti pjabat KPM pula la skrg..tiap2 hari pasti ada yg tanya kita bila result SPM nak kuar..kita mana la tau..kita bkn menteri plajaran pun..kalau x ada dgr berita pengumuman 2,maknanya belum kuar lg la 2..letih ja kita dgr perkara yg sama tiap2 hari..
karang kuar hari ahad baru tau..
*kita x mau kena kacau ngan soalan bkaitan ngan SPM coz skrg kita nak tumpukn tonton cerita korea dulu,bagi otak relex hati tenang..hahaha

kesukaanku..

apa kita suka???
org tanya knapa benda yg kita suka pelik dr yg lain!
kita senyum saja dgr..^ ^
kita x minat warna pink seperti lain pmpuan..kita jg x minat teddy bear sperti yg lain..kita jg x minat coklat yg mana pmpuan suka sngt..^ ^
hbs,apa kita suka???sb slalunya semua benda2 yg kita x suka itu selalu dibuat hadiah..
jwbnya senang saja,bg saja keikhlasan hati sdh cukup sbgai hadiah..^ ^
benda yg paling kita suka ialah sebuah SENYUMAN... :)
oh,lupa!kita minat caler biru..napa biru???
sb warna biru umpama keindahan sebuah pulau yg mendamaikan bila dilihat..^ ^

Thursday, March 3, 2011

hari yang cerah..

hari ini kita nak sambung tonton cerita korea lg..cerita yg kita tonton hari 2 belum habis lg..td,aunty kita ada dtg sini,dia cerita la sal kami wak2 zaman kanak2 dulu..lawak ja sy dgr cerita aunty td..rupa nya sikap kita lbh mirip uncle kita berbanding dgn parents kita sendiri..^ ^
pagi esok pula kita ada blajar kereta,fuh!
malas sangat nak blajar keta 2..emmm

Wednesday, March 2, 2011

sekian lama..

wah,lama dh kita x update blog nie..1 bln ni,kita busy sangat..tidur pun x cukup..kita rasa sperti balik ke alam zaman persekolah dulu,yg mana kita x cukup tidur..
kita baru ja habis lihat drama korea..semua nya best sangat2 sampai buat kita nangis ja lihat..p kita sedar 1 yg pelik,semua cerita yg best2 2 semua pasti ada scene babi..hahahaha..
napa la babi ni famous sngt kat cerita korea..
you're beautiful scene babi dia bila hero kena kejar babi..my girlfreind is gumiho scene babi dia pula bila hero kena kejar ngan babi hutan..drama paradise farm pula watak heroin kejar anak babi..apa la famous sngt babi 2,naik jelez kita ngan babi 2 sebab dpt berlakon...hahahahaha