Wednesday, May 18, 2011

bila hati berkata...


keadaan ini,
x dpt ku ubah,
atau ku hindari,
kerana kata hati,
x pernah akur dgn kata jiwa..

keadaan ini,
membuatku gelisah,
hilang arah namun bukan tujuan,
hingga ku sangka ianya mimpi..

tatapan,
kau seperti mengerti,
kata hati ini,
namun kau menyepi,
diam seribu bahasa..

renungan,
ku ingat hanya ilusi,
tapi ianya nyata,
seredup bayu setenang laut,
buatku rasa rawan..

jelingan,
buatku kaku,
tanpa kata,
hanya mata menyatakan,
dan hanya hati yang mengerti,
senyuman menjadi pemisah..

kata hati,
semuanya terlewat,
renungan terleka,
senyuman tersekat,
sayu pandangan,
dan akhirnya hati berkata..

andai kata,
senyuman terukir di taman musin bunga,
pandangan indah di musim luruh,
renungan terlihat di musim sejuk,
dan hati berkata di musim panas,
bahagia itu milik hati..

pandangan x dapat melihat,
fikiran x dapat meneka,
senyuman x dapat memikat,
hati x dapat berkata-kata,
jadikanlah renungan itu sebuah memori indah..

hati berkata,
x pernah berdusta,
renungan terjalin,
x pernah menipu,
kerana itu anugerah tuhan,
hanya jasad yg menipu,
minda melarang,
dan akhirnya seperti bunga di musim luruh,
berguguran jatuh ke bumi..

berat hati~

sabtu ni nanti kita akan pergi belajar lg..beratnya rasa hati ini..cm mana la rasa blajar baru nanti..plg kita dpt rasakn skrg ni,kita rasa takut rasa berat hati nak tinggalkn tmpt kita kat sini..tapi apa boleh kita lakukan kalau dh takdir cm 2..
kita sedar,setiap apa yg berlaku dlm hidup kita semuanya adalah takdir..tuhan yg menentukan dan kita hnya dpt melakukan saja dgn keadaan kita yg x pernah sendirian menghadapi dugaan hidup ini..
satu perkara kita nak ubah skrg ialah,keadaan hati kita..keadaan hati kita sngt bahaya dan perlu kita jaga ngan teliti.. ^ ^

Friday, May 6, 2011

keliru~

lama dh kita x update blog ni..sejak kita mula kerja baru,kita dh x da masa nak update blog..tapi hari ini kita singgah kat blog ni kerana blog ni la tmpt kita meluahkan perasaan..hahaha..
hari 2,kita dpt tawaran matrikulasi kat labuan..kita ada masalah sikit nak terima tawaran itu sebab nya ialah masa pengajian kita kat si2 adalah selama 2 tahun..org lain hanya 1 thn saja,kita pula 2 thn..2 yg buat kita rasa malas nak terima pada mulanya..
tapi,hari ini kita dpt tawaran upu pula..kita dapat jurusan pengurusan bank..kat matrik pula kita dpt aliran sains..semuanya kita minat..kalau kita ambil matrik,kita nak ambil jurusan sains fizikal kalau dpt..tapi,kita jg minat akauntan jg..
tapi,kita rasa mgkn baik kita ambil yg mana kita minat dan yg mana kita ada kelebihan..

dan,
kita dapat rasakan bahawa kita akan ikut jejak ayah kita..jadi seperti ayah kita.. :)

*betul kata pepatah,ke mana tumpah kuah kalau x ke nasi.. :)